Kursus Kejurulatihan (TTT) Modul Asas ICT Media Sosial

15 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 12 sehingga 14 Disember 2018, wakil Pusat Internet Sibujaya telah menyertai Kursus Kejurulatihan (TTT) Modul Asas ICT Media Sosial yang berlangsung selama tiga hari. Kursus ini adalah hasil kerjasama MCMC dan juga tenaga pengajar daripada Universiti Multimedia (MMU).

Di antara aktiviti dan latihan yang diadakan adalah mengenai media sosial dan selok belok penggunaan media sosial yang baik di samping menambah baik mutu modul asas ICT tenaga kerja daripada pusat-pusat internet sekita Sarikei, Sibu dan Mukah.

Kursus kejurulatihan ini memberi fokus kepada cara-cara melatih para peserta mengenai cara terbaik untuk mengajar komuniti dan pengunjung pusat internet cara menggunakan media sosial dengan lebih berkesan dan positif.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali